Anwar puji kerjasama persekutuan-negeri pacu pertumbuhan Sarawak
Anwar puji kerjasama persekutuan-negeri pacu Sarawak

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerjasama erat dan komitmen bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak terus memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai peneraju dalam pertumbuhan, inovasi dan pembangunan inklusif.

Sempena Hari Sarawak, Anwar hargai usaha bersama

Dalam satu hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Sarawak hari ini, Anwar berkata setiap inisiatif yang dilaksanakan mencerminkan tekad bersama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, mengukuhkan ekonomi dan memastikan kemakmuran yang berkekalan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu menyatakan bahawa transformasi berterusan Sarawak adalah hasil usaha kolektif yang perlu terus diperkukuh demi manfaat rakyat.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Semangat Sarawak Maju Segulai Sejalai

“Dengan semangat Sarawak Maju Segulai Sejalai, kita akan terus bergerak ke hadapan bersama-sama untuk mengukuhkan perpaduan, mempercepatkan pembangunan dan membina masa depan yang lebih makmur untuk Sarawak dan Malaysia.

“Selamat Hari Sarawak kepada semua warga Sarawak,” katanya.

Anwar turut menyatakan harapan agar Bumi Kenyalang terus mencapai kejayaan yang lebih besar, memacu kemakmuran dan kekal sebagai sumber kebanggaan negara untuk masa depan yang lebih cerah bagi rakyat Sarawak dan Malaysia. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga