PM Anwar: Haji sekolah pendidikan rohani untuk menyucikan jiwa
PM Anwar: Haji sekolah pendidikan rohani untuk menyucikan jiwa

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Ibadah haji bukan sekadar perjalanan rohani, tetapi merupakan sekolah pendidikan dan pembentukan jiwa yang menyucikan hati serta memberikan nafas baru untuk kembali berkhidmat kepada agama, rakyat, dan negara dengan lebih ikhlas dan penuh kasih sayang.

Sejarah Membangkitkan Semangat Kemerdekaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejarah juga mengajar kita bahawa semangat kebebasan dan keberanian dalam kalangan umat Islam sering terbangun selepas jemaah haji pulang dari Makkah, seperti yang tercatat dalam kajian mengenai kebangkitan rakyat Aceh menentang penjajahan Belanda.

“Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan meluangkan masa bersama jemaah haji dari Permatang Pauh dan Tambun yang bakal menjadi tetamu Allah SWT. Dalam kesempatan ini, saya turut berkongsi kisah Malcolm X yang pulang dari Tanah Suci dengan jiwa dan pandangan hidup yang jauh lebih luas, lebih damai, dan lebih mendalam tentang persaudaraan sesama manusia,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Beliau turut mendoakan agar semua jemaah haji diberikan haji yang mabrur, dipermudahkan segala urusan, dan pulang ke tanah air dengan membawa semangat yang diperbaharui untuk keluarga, masyarakat, dan Malaysia yang tercinta. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga