Warga emas dibebas jaminan kes kalimah Allah di pondok sembahyang
Warga emas dibebas jaminan kes kalimah Allah di pondok

PETALING JAYA: Seorang warga emas yang ditahan semalam bagi membantu siasatan berkaitan isu kalimah Allah pada dinding sebuah pondok penyembahan di belakang kedai perkakasannya di Seriab, Kangar telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Kenyataan Ketua Polis Kangar

Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Yusop, berkata siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri bagi tindakan lanjut.

“Pihak polis memandang serius sebarang perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman awam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu terlibat,” katanya menurut Bernama.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan insiden itu, yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam serta sentiasa menghormati sensitiviti agama dan tidak melakukan sebarang perbuatan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum serta agama.

Latar Belakang Insiden

Semalam, media melaporkan seorang lelaki berusia 61 tahun ditahan untuk siasatan berhubung perbuatan melukakan perasaan agama seseorang dan tingkah laku menghina. Penahanan itu susulan laporan polis dibuat Ketua Pemuda Umno Kangar, Saiful Fariddil Jasmi. Beliau turut memuat naik klip video, di mana beliau dilihat menegur seorang lelaki.

Insiden itu menyusul kira-kira sebulan selepas kalimah Allah dan satu lagi istilah Islam ditulis pada dinding sebuah pondok penyembahan di Jasin, Melaka. Pondok penyembahan itu kemudian dirobohkan susulan persetujuan pemilik tanah dan pihak berkuasa. Barang suci dari pondok terbabit dipindahkan ke lokasi lain selepas upacara keagamaan selesai dijalankan pemilik tanah.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga