PH Johor fokus ekonomi, bukan jawatan MB, kata Zaliha
PH Johor fokus ekonomi, bukan jawatan MB

JOHOR BAHRU, 20 Jun — Pakatan Harapan (PH) berikrar untuk mempertahankan sepenuhnya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan kuasa Sultan Johor untuk melantik Menteri Besar sekiranya gabungan itu diberi mandat membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya negeri Johor.

Zaliha: PH tidak mahu jawatan MB jadi fokus utama

Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, PH tidak mahu jawatan Menteri Besar menjadi tumpuan utama kempennya, kerana keutamaan gabungan itu adalah untuk membentangkan dasar dan tawaran yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kami akan terus berinteraksi dengan rakyat, mendengar kebimbangan mereka, dan menawarkan dasar serta penyelesaian yang dapat meningkatkan taraf hidup, mewujudkan pekerjaan berkualiti, dan memacu ekonomi Johor ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang dilaporkan mendesak PH menamakan calon Menteri Besar sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya.

PH ada ramai pemimpin berkualiti

Dr Zaliha berkata, PH mempunyai ramai pemimpin yang berkelayakan dan berpengalaman yang mampu memikul tanggungjawab mentadbir negeri jika diberi mandat oleh rakyat.

Beliau berkata, rakyat lebih memerlukan penjelasan mengenai rancangan masa depan negeri untuk memastikan kebajikan mereka terus terpelihara. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga