MDEC batalkan status digital NSO Malaysia selepas lesen perniagaan ditarik balik
MDEC batalkan status digital NSO Malaysia

MDEC batalkan status digital NSO Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital NSO Malaysia Sdn Bhd. NSO mengendalikan Network School di Forest City, Iskandar Puteri, Johor.

MDEC dalam kenyataan semalam berkata tindakan itu berikutan keputusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menarik balik lesen perniagaan NSO. Syarat yang dikenakan ke atas status Malaysia Digital memerlukan syarikat mendapatkan permit dan lesen yang berkaitan untuk menjalankan aktiviti yang diluluskan, serta mematuhi semua peraturan dan keperluan pelesenan yang berkuat kuasa.

Pelanggaran syarat status digital

“Penarikan balik lesen perniagaan NSO merupakan pelanggaran keperluan ini. Sehubungan itu, MDEC mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital NSO,” kata MDEC. Pada masa sama, MDEC menegaskan pihaknya mengalu-alukan pelaburan digital berkualiti tinggi ke Malaysia, tetapi pematuhan penuh terhadap undang-undang dan peraturan negara tidak boleh dikompromi.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

MBIP sebelum ini mengeluarkan Notis Pemberhentian Operasi Perniagaan kepada NSO berkuat kuasa 22 Julai 2026, berikutan ketidakpatuhan syarat lesen dan penggunaan premis di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

Tuduhan kaitan dengan agenda Israel

Terdapat dakwaan di media sosial bahawa Network School dikaitkan dengan agenda Israel untuk mendirikan pijakan di Malaysia melalui pelaburan berkaitan mata wang kripto. Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi mengenai dakwaan tersebut setakat ini. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga