Anwar: Pemimpin mesti terima perubahan tanpa kompromi nilai
Anwar: Pemimpin mesti terima perubahan tanpa kompromi nilai

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Pemimpin mesti terus belajar dan menyesuaikan diri dengan pendekatan baharu tanpa mengabaikan prinsip asas seperti amanah, nilai dan integriti moral, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pandangan kepada pemimpin muda antarabangsa

Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau berkongsi pandangan tersebut dengan 22 pemimpin muda dari 12 negara yang menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Global AZM Kuala Lumpur 2026 di Putrajaya pada petang hari ini.

“Saya berkongsi pandangan bahawa cabaran kepemimpinan dalam pelbagai budaya dan latar belakang mesti dipandu oleh kebijaksanaan, pertimbangan yang wajar dan kesabaran,” katanya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Harapan untuk jaringan rentas sempadan

Beliau juga menyatakan harapan agar pengasas projek itu, Muna AbuSulayman, dan para belia terpilih diberikan kekuatan untuk melaksanakan usaha mereka dalam membina jaringan rentas sempadan awal merentasi pelbagai latar belakang untuk manfaat bersama pada masa hadapan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga