Ibu dakwa anak patah tangan dibuli, JPN Kedah siasat
Ibu dakwa anak patah tangan dibuli, JPN Kedah siasat

ALOR SETAR, 24 Mei — Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah sedang menyiasat dakwaan buli membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri itu, susulan laporan media semalam.

JPN Kedah Siasat Dakwaan Buli

Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Rahim Mat, berkata pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan menjamin siasatan yang telus serta menyeluruh untuk memastikan keadilan kepada mangsa.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan disiplin tegas akan dikenakan terhadap sesiapa yang didapati bersalah.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Semua institusi pendidikan di bawah seliaan JPN Kedah diingatkan supaya mengambil langkah pencegahan untuk membanteras buli. Sebarang insiden sebegini mesti ditangani segera berdasarkan garis panduan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kronologi Kejadian

Laporan media sebelum ini mendedahkan bahawa seorang budak lelaki berusia sembilan tahun didakwa dibuli dalam tiga insiden berasingan di sebuah sekolah rendah di daerah Kubang Pasu.

Ibu mangsa mendakwa insiden yang melibatkan tiga murid berbeza itu berlaku pada 17 Mei tahun lalu, serta pada 26 Mac dan 17 Mei tahun ini, menyebabkan anaknya patah lengan serta lebam di pipi dan mata.

Suri rumah itu berkata penderaan berulang kali telah menyebabkan anaknya trauma dan takut untuk pergi ke sekolah. Beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu dan memindahkan anaknya ke sekolah lain.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga