Resipi Nasi Kuning Ahli Parlimen Buka Rezeki Baharu Bekas Pengawal Keselamatan
Resipi Nasi Kuning Buka Rezeki Bekas Pengawal Keselamatan

Bermula dengan sekadar perbualan kecil mengenai kesempitan hidup, seorang bekas pengawal keselamatan kini mampu tersenyum semula selepas dibantu memulakan perniagaan nasi kuning. Lelaki dikenali Jumadi itu dibantu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud yang juga Ahli Parlimen Sepanggar menerusi perkongsian rahsia resepi hidangan tersebut.

Latar Belakang Jumadi

Menurut Mustapha, Jumadi hilang punca pendapatan selepas tidak lagi mampu bekerja akibat masalah kesihatan. Beliau telah menjalani pembedahan selepas disahkan menghidap ketumbuhan saraf di kepala kira-kira tiga tahun lalu. Keadaan itu menyebabkannya hilang pekerjaan, sekali gus memberi tamparan besar kepada Jumadi yang perlu menyara isteri serta empat anak kecil yang masih bersekolah.

Mustapha berkata ketika berbual dengan Jumadi, lelaki itu mengakui tidak mempunyai simpanan kerana pendapatannya sebelum ini hanya cukup untuk menampung keperluan harian keluarga. Beliau kemudian bertanya kemahiran yang dimiliki Jumadi, yang kemudian memberitahu bahawa dia dan isterinya boleh memasak, walaupun tidak begitu yakin dengan resipi yang ada.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Bantuan Mustapha Sakmud

Melihat ada ruang untuk Jumadi bangkit semula, Mustapha mencadangkan supaya dia memulakan perniagaan nasi kuning, makanan popular di Sabah yang sering menjadi pilihan untuk sarapan. Bukan sekadar memberi cadangan, Mustapha turut berkongsi resipi rahsia nasi kuning yang belum pernah diberikan kepada orang lain.

Selepas Jumadi bersetuju, Mustapha membantu menyediakan bahan mentah serta kelengkapan berniaga termasuk periuk nasi besar, kuali, periuk dan peti sejuk beku. Selain itu, beliau turut mempromosikan jualan dengan mencetak ratusan risalah untuk diedarkan kepada orang ramai bagi mendapatkan tempahan.

Kejayaan Jumadi

“Siapa sangka, pada hari pertama jualan tempoh hari Jumadi berjaya mendapat pesanan 100 paket. Jumadi dapat jualan RM600-RM800 satu hari, satu angka yang dia tak pernah terbayang akan mampu dapat sebelum ini.

“Dan baru saja semalam, Jumadi menerima pesanan sebanyak 400 paket. Terus dia dapat RM3,200 dalam masa sehari,” kata Mustapha yang turut berkongsi perasaan terharu Jumadi.

Kata-kata Mustapha

Bagi Mustapha, beliau cukup terharu melihat semangat Jumadi mencari rezeki demi melihat anak-anak membesar tanpa perlu mewarisi derita kemiskinan. “Saya gembira dapat menjadi asbab kepada perubahan hidupnya.

“Saya tidak mahu jadi ahli politik yang sekadar datang, serahkan bantuan, ambil gambar dan tunjuk “thumbs up” saja. Ini janji saya kepada rakyat Sepanggar,” katanya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga