KUALA LUMPUR, 15 Jun — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street apabila pelabur kembali kepada saham teknologi yang terus mendapat manfaat daripada kitaran super kecerdasan buatan (AI).
Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.50 mata kepada 1,691.13 daripada penutupan minggu lalu pada 1,683.63. Indeks utama dibuka 6.76 mata lebih tinggi pada 1,690.39.
Pasaran menunjukkan sentimen positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 349 berbanding 160. Sebanyak 273 kaunter tidak berubah, 1,915 tidak didagangkan dan 36 digantung. Jumlah pusing ganti ialah 539.66 juta saham bernilai RM217.18 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota berkata ia menjangkakan pemulihan dalam sektor teknologi dan terus memihak kepada syarikat semikonduktor kerana mereka kekal antara penerima manfaat terbesar kitaran super AI. "Kami percaya selera risiko pelabur secara keseluruhan harus kekal tinggi apabila tawaran awam permulaan (IPO) SpaceX milik Elon Musk membuat penampilan sulung bersejarah di Wall Street, ditutup pada penilaian US$2.1 trilion pada hari pertama dagangan," katanya.
Dalam kalangan saham berat, Maybank dan CIMB naik 16 sen masing-masing kepada RM10.88 dan RM7.55. Public Bank meningkat empat sen kepada RM4.87, Tenaga Nasional naik 10 sen kepada RM14.52 dan IHH Healthcare naik tiga sen kepada RM8.81.
Dalam kalangan saham aktif, Hong Seng Consolidated tidak berubah pada satu sen, Tanco turun lima sen kepada 15 sen dan Top Glove susut satu sen kepada 79.5 sen. Pentech yang baru disenaraikan di ACE Market naik lima sen kepada 25 sen, manakala AirAsia X meningkat enam sen kepada RM1.26.
Antara kaunter untung tertinggi, Malaysian Pacific Industries naik RM1.28 kepada RM48.78, Nestle meningkat RM1.20 kepada RM96.80, Batu Kawan naik 50 sen kepada RM20.80, Vitrox naik 23 sen kepada RM7.47 dan Sunway Construction naik 17 sen kepada RM7.22.
Antara kaunter rugi tertinggi, Paragon jatuh 98 sen kepada RM2.29, Petronas Chemicals susut 47 sen kepada RM4.87, Ralco turun 29 sen kepada 69 sen, Concrete Engineering rugi 20 sen kepada RM4.00 dan United Plantations turun 18 sen kepada RM31.32.
Pada papan indeks, FBM Emas Index naik 63.95 mata kepada 12,538.57, manakala FBM Top 100 Index meningkat 61.56 mata kepada 12,377.50 dan FBM Emas Shariah Index naik 31.92 mata kepada 12,454.22. FBM Mid 70 Index melonjak 118.27 mata kepada 18,002.42, manakala FBM ACE Index naik 43.79 mata kepada 4,712.46.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 186.34 mata kepada 19,830.70 dan Indeks Perladangan berkembang 15.95 mata kepada 8,768.03, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.85 mata kepada 194.08 dan Indeks Tenaga menurun 9.41 mata kepada 765.96. — Bernama



