Murid Tahun 1 maut dilanggar bas sekolah di Kluang
Murid Tahun 1 maut dilanggar bas sekolah di Kluang

Seorang murid Tahun 1 maut petang ini selepas dilanggar oleh bas sekolah yang baru sahaja menghantarnya pulang berhampiran Taman Sri Lalang di Kluang, Johor.

Kejadian di Jalan Bunga Raya

Ketua Polis Kluang, Bahrin Noh, berkata bas itu dipandu oleh seorang wanita berusia 36 tahun, yang pengsan selepas menyedari apa yang telah berlaku. Katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Bahrin berkata, mangsa baru sahaja diturunkan di Jalan Bunga Raya dan berada di sebelah kiri jalan apabila bas itu membuat pusingan, lalu melanggar mangsa. “Mangsa terhantuk kepala (ke tanah) dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Pemandu dirawat di hospital

Pemandu bas kini sedang dirawat di hospital. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga