Lelaki Myanmar maut ditikam rakan senegara, isteri cedera
Lelaki Myanmar maut ditikam rakan senegara, isteri cedera

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga Myanmar maut manakala isterinya cedera selepas diserang seorang rakan senegara di Taman Belibis, Simpang Ampat, di sini semalam.

Serangan maut di Simpang Ampat

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, berkata polis kemudian menahan seorang lelaki Myanmar berusia 38 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Dalam kejadian itu, mangsa berusia 31 tahun meninggal dunia dipercayai akibat ditikam, manakala wanita berumur 26 tahun yang juga warga Myanmar mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke HSJ untuk dibedah siasat, manakala siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Polis masih menyiasat motif serangan dan punca kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga