MUNICH, 20 Jun — Seorang maut selepas dua kereta api barang bertembung di atas sebuah jambatan di Munich pada awal pagi tadi, menyebabkan dua gerabak terbabas dan jatuh ke jalan di bawah, menurut polis tempatan.
Punca kejadian masih dalam siasatan, kata seorang jurucakap polis di bandar selatan Jerman itu kepada Reuters.
Perkhidmatan kecemasan menerima laporan mengenai perlanggaran di daerah utara Munich, Milbertshofen, pada pukul 1.40 pagi (6.40 pagi waktu Malaysia), dengan kira-kira 60 anggota penyelamat dihantar ke lokasi, kata jurucakap jabatan bomba.



