Harga diesel di Semenanjung turun 30 sen mulai esok
Harga diesel di Semenanjung turun 30 sen mulai esok

PETALING JAYA: Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun 30 sen mulai esok, menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini. Harga diesel di Semenanjung akan turun daripada RM4.67 seliter ketika ini kepada RM4.37 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dijual pada harga subsidi RM2.15 seliter.

Harga RON97 kekal pada RM4.35 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi terus dijual pada RM3.72 seliter. RON95 di bawah skim BUDI95 pula kekal pada harga RM1.99 seliter. Petrol bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) kekal pada RM2.05 seliter, manakala diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) terus dijual pada RM2.15 seliter. Harga-harga ini berkuat kuasa sehingga 24 Jun.

Kementerian Kewangan juga menyeru rakyat merancang perjalanan yang lebih cekap serta pengurangan perjalanan tidak perlu dapat membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi. “Kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin,” katanya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga
Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram