Mayat nelayan ditemui, disyaki diserang buaya di Sungai Ridan
Mayat nelayan ditemui, disyaki diserang buaya di Sungai Ridan

MIRI, 8 Mei — Bahagian tubuh seorang warga emas yang dilaporkan hilang semasa memancing di Sungai Ridan, Marudi semalam telah ditemui.

Mangsa dipercayai diserang buaya

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan bahawa Liew Mei Koon, 64 tahun, dipercayai terbunuh dalam serangan buaya.

“Pada pukul 10.52 pagi tadi, pasukan mencari dan menyelamat menemui sebahagian daripada mayat mangsa, iaitu dua kaki, kepala dan satu tangan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Pada pukul 4 petang, operasi mencari ditamatkan sepenuhnya kerana bahagian mayat yang lain tidak dapat ditemui. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu hari ini.

Jabatan itu menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa pada pukul 9.20 pagi semalam sebelum satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi dihantar ke lokasi di Jalan Industri, Sungai Ridan.

Mangsa dilaporkan hilang oleh adik lelakinya selepas motosikal, pakaian dan peralatan memancing ditemui di bawah jambatan Sungai Ridan.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga