Lima mangsa terperangkap dalam gua di Laos ditemui selamat
Lima mangsa terperangkap gua Laos ditemui selamat

KUALA LUMPUR: Lima individu yang terperangkap dalam sebuah gua dilanda banjir di Laos kira-kira seminggu ditemui selamat, sihat dan bersemangat tinggi, walaupun pasukan penyelamat memaklumkan operasi membawa mereka keluar masih sukar dan berbahaya.

Penemuan Selepas Pencarian Intensif

Seorang daripada penyelam berpangkalan di Thailand yang terbabit misi itu, Mikko Paasi, berkata lima mangsa berkenaan ditemui di hujung gua, selepas misi pencarian intensif selama beberapa hari oleh pasukan penyelamat. Beliau menyifatkan operasi itu “bukan sesuatu yang mudah” dan memuji semua pasukan menyertai misi berkenaan.

“Selepas seminggu bekerja keras sebagai satu pasukan, kami akhirnya menemui lima daripada tujuh pelombong yang dilaporkan hilang, selepas terperangkap dalam lombong yang dinaiki air di Laos. Bagi saya dan @benzscout (Norrased Palasing), kami perlu menyelam semula ke dalam untuk membawa lebih banyak bekalan kepada pelombong terbabit bagi memulihkan tenaga mereka sebagai persiapan untuk dibawa keluar,” tulis Paasi yang juga warga Finland dalam hantaran di Facebook.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Turut disertakan dalam hantaran itu ialah sebuah video menunjukkan lima mangsa ditanya nama dan keadaan mereka, dengan sebahagian besarnya menjawab mereka dalam keadaan baik, tetapi lapar.

Operasi Belum Selesai

Paasi yang pernah menyertai misi menyelamatkan 12 remaja lelaki dan jurulatih bola sepak mereka dalam sebuah gua dinaiki air di utara Thailand pada 2018, berkata operasi membawa keluar mangsa belum selesai dan “tidak mudah”.

Terdahulu, ketua pasukan penyelamat Thailand, Kengkard Bongkawong, berkata: “Setakat 4.30 petang (0930 GMT), kami telah menemui lima orang. Kami akan meneruskan pencarian untuk mengesan dua lagi mangsa,” lapor Reuters.

Seorang lagi sukarelawan penyelamat dari Thailand, Chakrakrit Taengtung, turut memuat naik video di Facebook memaparkan Norrased dan Paasi bersama lima mangsa sedang bersorak sambil mengangkat tangan mereka.

Latar Belakang Kejadian

Menurut laporan media, tujuh penduduk kampung warga Laos dilaporkan memasuki gua di tengah Wilayah Xaysomboun itu dan terperangkap pada 20 Mei lalu apabila paras air mula naik.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga