Enam kedai musnah dalam kebakaran malam di Tanjong Karang, tiada mangsa
Enam kedai musnah dalam kebakaran malam di Tanjong Karang

SHAH ALAM, 3 Jun — Enam buah kedai termasuk sebuah kedai emas musnah dalam kebakaran di Jalan Besar di Tanjong Karang, dekat sini malam tadi.

Kebakaran enam lot kedai

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.27 malam semalam dan menghantar anggota ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan bahawa kebakaran itu membabitkan enam lot kedai, setiap satunya berukuran 40 kaki kali 20 kaki. Anggaran kerosakan pada semua kedai adalah sebanyak 90 peratus.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Premis yang terjejas terdiri daripada dua farmasi, dua kedai peralatan telekomunikasi, sebuah kedai emas dan sebuah pasar mini.

“Tiada mangsa dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.54 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman

Beliau berkata, operasi itu melibatkan 16 anggota dan pegawai dari balai bomba Tanjong Karang, Kuala Selangor, Sekinchan dan Klang Utara. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga