MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Pahang, Johor dan Sabah
Amaran ribut petir dan hujan lebat di Pahang, Johor, Sabah

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga jam 7 malam ini.

Amaran di Pahang

Dalam satu hantaran di Facebook, MetMalaysia memaklumkan bahawa cuaca buruk dijangka melanda Pahang, melibatkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Amaran di Johor dan Sabah

Amaran yang sama turut dikeluarkan di Johor melibatkan kawasan Mersing, manakala di Sabah, kawasan yang dijangka dilanda cuaca buruk ialah Sandakan (Telupid dan Beluran). — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga
Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram