Empat rumah di Bukit Indah diserang bom molotov dipercayai sindiket Ah Long Singapura
Empat rumah di Bukit Indah diserang bom molotov sindiket Ah Long

ISKANDAR PUTERI, 12 Mei — Polis mengesahkan menerima laporan mengenai empat buah rumah di Bukit Indah di sini yang dibakar, dipercayai menjadi sasaran serangan bom molotov pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Serangan Bom Molotov di Bukit Indah

Dalam satu kenyataan, Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong, melawat lokasi kejadian yang dipercayai dilakukan oleh sindiket pemberi pinjam wang tidak berlesen (Ah Long) dari Singapura.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Dalam satu hantaran di Facebook, Liew merakamkan penghargaan kepada Ketua Balai Polis Bukit Indah, Inspektor J.M. Alvin Sudesshen, atas tindakan pantas beliau sebaik menerima laporan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Perling itu turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif penduduk untuk menambah baik kemudahan keselamatan.

Beliau menambah bahawa bantuan kebajikan akan disalurkan kepada mereka yang terjejas dan tindakan susulan akan diambil. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga