Putrajaya mahu bincang dengan Norway isu kontrak peluru berpandu NSM
Putrajaya mahu bincang dengan Norway isu kontrak NSM

Putrajaya mahu mengadakan perbincangan dengan kerajaan Norway berhubung kontrak perolehan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM), susulan laporan mengatakan Oslo melarang penghantaran senjata tersebut.

Kontrak dengan Kongsberg Defence & Aerospace

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin, mengesahkan Kementerian Pertahanan (Kementah) mempunyai kontrak perolehan dengan Kongsberg Defence & Aerospace (KDA) bagi pembekalan NSM untuk melengkapkan keupayaan kapal tempur pesisir (LCS) tentera laut.

Beliau berkata, Kementah mengambil perhatian perubahan pendirian Oslo berkaitan kelulusan eksport pertahanan yang memberi kesan kepada pelaksanaan kontrak berkenaan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Saluran diplomatik digunakan

“Kerajaan akan menggunakan saluran diplomatik dengan kerajaan Norway bagi mendapatkan penjelasan lanjut serta membincangkan langkah yang sewajarnya demi menjaga kepentingan negara,” menurut kenyataan.

“Dalam masa yang sama, Kementah akan terus memastikan kesiapsiagaan dan keperluan strategik pertahanan negara tidak terjejas, di samping mengekalkan hubungan dua hala Malaysia dan Norway yang sekian lama terjalin dengan baik.”

Khaled mengulas laporan Malaysian Defence awal hari ini, yang melaporkan Oslo melarang penghantaran NSM, sekali gus membatalkan kontrak pembekalan dan penghantaran yang ditandatangani pada 2018.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga