MOSCOW, 5 Jun — Presiden Rusia Vladimir Putin telah dimaklumkan mengenai surat terbuka daripada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada saluran berita Izvestia hari ini.
“Ya, semalaman kami sudah menyerahkan (kepada Putin) versi bertulis. Apa yang datang daripada media telah diserahkan kepada presiden, dan beliau telah menyemaknya. Presiden telah diberi taklimat,” kata Peskov.
Zelenskiy menerbitkan surat terbuka kepada Putin semalam di mana beliau mencadangkan kedua-dua pemimpin bertemu untuk bersetuju menamatkan perang, sambil memberi amaran bahawa Kyiv bersedia untuk terus berjuang jika tidak. Beliau juga mengejek Putin, dengan mengatakan rakyat Rusia sudah bosan dengan kedua-dua beliau dan perang.
Peskov berkata besar kemungkinan Putin akan mengulas mengenai surat itu semasa sesi pleno di Forum Ekonomi Antarabangsa St Petersburg, di mana beliau dijadualkan berucap pada petang Jumaat. — Reuters



