NEW DELHI: Sebuah pesawat pengangkut tentera India buatan Rusia terhempas ketika cuba mendarat di sebuah stesen tentera udara di timur laut negara itu, kata pihak tentera hari ini.
Kejadian di Jorhat
“Sebuah pesawat IAF An-32 mengalami kemalangan hari ini ketika mendarat di Jorhat. Satu mahkamah siasatan sedang ditubuhkan untuk menentukan punca kemalangan,” kata Tentera Udara India dalam satu kenyataan.
Pihak tentera tidak memberikan butiran mengenai korban. Saluran berita NDTV menyiarkan gambar dari lokasi kejadian yang menunjukkan kepulan asap hitam tebal naik ke udara dan pesawat itu kelihatan pecah kepada beberapa bahagian.
Siasatan
Siasatan telah diarahkan untuk menentukan punca nahas itu. — AFP



