Mohamed Nasser Mohamed, satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai pendek untuk Hadiah Cerpen Komanwel 2026, meninggal dunia awal pagi tadi. Beliau berusia 62 tahun.
Nasser merupakan penyumbang artikel ciri untuk FMT Bahasa Melayu. Pemergiannya disahkan dalam satu hantaran Facebook oleh anak perempuannya, Rusina Othman. Rusina berkata bapanya meninggal dunia kira-kira jam 3.45 pagi.
Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Raja Muda Musa di Semenyih untuk solat jenazah dan dikebumikan sebelum waktu solat Zohor.
Nasser tersenarai pendek untuk Hadiah Cerpen Komanwel 2026, sebuah pertandingan global yang menerima 7,806 penyertaan dari 54 negara. Hanya 25 penulis dari 14 negara berjaya ke senarai pendek. Pemenang anugerah itu dijangka diumumkan pada akhir bulan depan.



