Kedutaan Singapura di Jakarta bekerjasama dengan Indonesia kenal pasti dua mayat dipercayai warga Singapura
Kedutaan Singapura bekerjasama kenal pasti mayat dipercayai warganya

Kedutaan Singapura di Jakarta sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengenal pasti dua mayat yang ditemui di kawasan Gunung Dukono, yang dipercayai warga Singapura, menurut Kementerian Luar Negeri Singapura (MFA).

Kenal pasti mayat

Dalam satu kenyataan semalam, MFA memaklumkan bahawa pegawai juga sedang berhubung rapat dengan keluarga yang terjejas bagi memudahkan proses pengenalpastian dan akan terus memberikan bantuan konsular.

Pihak berkuasa Indonesia telah memaklumkan kepada pegawai dari Kedutaan Singapura di Jakarta bahawa mereka telah menemui dua mayat dari Gunung Dukono, yang dipercayai mayat warga Singapura yang hilang.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

MFA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Indonesia, terutamanya pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada lebih 150 anggota atas usaha mereka dalam keadaan yang sangat sukar dan berbahaya, katanya.

Tamat operasi mencari

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), mayat kesemua tiga pendaki yang terbunuh dalam letusan Gunung Dukono di timur Indonesia telah ditemui, menamatkan secara rasmi operasi mencari dan menyelamat pada hari Ahad.

Gunung Dukono, yang terletak di bahagian utara Pulau Halmahera di wilayah Maluku Utara, meletus pada pagi Jumaat, mengorbankan tiga individu, manakala 17 yang lain, terdiri daripada tujuh warga Singapura dan 10 warga Indonesia, berjaya dipindahkan dengan selamat. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga