19 ditahan di Mexico City susulan protes pembukaan Piala Dunia
19 ditahan di Mexico City protes Piala Dunia

Seramai 19 penunjuk perasaan ditahan susulan demonstrasi ketika pembukaan Piala Dunia di Mexico City, lapor Anadolu Ajansi. Ibu negara Mexico itu menyaksikan protes besar-besaran di seluruh bandar raya berkenaan ketika skuad kebangsaan memulakan kempen Piala Dunia.

Guru, kesatuan pekerja, pelajar, keluarga individu hilang, kumpulan feminis dan organisasi pro-Palestin menyertai demonstrasi terbabit. Mobilisasi itu menarik ribuan peserta ke laluan utama, khususnya di daerah selatan dan sepanjang jalan utama menghubungkan bahagian lain ibu negara itu ke stadium yang menjadi lokasi perlawanan pembukaan.

Sebagai tindak balas, pihak berkuasa mengerahkan 56,320 anggota keselamatan. “Perlu dimaklumkan semasa perlawanan Mexico dan Afrika Selatan, demonstrasi berlaku di kawasan sekitar stadium dan sekumpulan individu bertopeng membaling bunga api, batu serta objek lain ke arah pegawai polis.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Pegawai polis berjaya menghalang mereka daripada mara ke stadium, sebelum menyuraikan kumpulan itu,” menurut kenyataan Sekretariat Keselamatan Rakyat Mexico City (SSC). Pihak berkuasa pada awalnya menahan lapan individu pada Khamis, kebanyakannya pelajar, selain dua jurugambar media. Semua dibebaskan kemudian.

Menurut SSC, 11 pegawai polis cedera ketika demonstrasi itu dan menerima rawatan perubatan. Demonstrasi ini mencerminkan ketegangan sosial yang berlaku di Mexico City, di mana pelbagai kumpulan menyuarakan tuntutan mereka di tengah-tengah perayaan sukan global.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga