Budak 4 Tahun Lemas Jatuh Kolam Ikan Di Kedah
Seorang budak lelaki berusia empat tahun maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ikan berhampiran rumahnya di Kampung Perik, Kuala Nerang, Kedah. Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di Hospital Jitra.

