Johor umum cuti umum Isnin selepas JDT juara Piala Malaysia
Johor umum cuti umum Isnin selepas JDT juara Piala Malaysia

JOHOR BAHRU, 24 Mei — Kerajaan negeri Johor telah mengisytiharkan cuti umum negeri pada hari Isnin susulan kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Piala Malaysia malam tadi.

Kemenangan Bersejarah JDT

Harimau Selatan menewaskan Kuching City FC 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, sekali gus merangkul gelaran Piala Malaysia buat kali keempat berturut-turut. Pencapaian ini menjadikan JDT sebagai satu-satunya kelab yang pernah mencapai kejayaan seumpama itu dalam sejarah.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pengisytiharan cuti umum itu dibuat dengan perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, sebagai menghargai sokongan padu rakyat Johor dan peminat Harimau Selatan terhadap pasukan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Ucapan Tahniah MB Johor

“Kemenangan ini adalah hadiah untuk Bangsa Johor dan peminat yang sentiasa bersama pasukan dalam susah dan senang, dalam setiap perlawanan dan musim,” katanya dalam hantaran Facebook malam tadi. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pemain, jurulatih, pengurusan pasukan, dan seluruh warga JDT.

Menurut Onn Hafiz, kejayaan ini membuktikan kesinambungan komitmen kepimpinan Johor dalam membangunkan bola sepak moden berprestasi tinggi yang menjadikan JDT kebanggaan negeri dan pasukan yang dihormati di peringkat kebangsaan dan Asia.

— Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga