Ancaman baharu tuntut Malaysia ubah pendekatan keselamatan, kata PM
Ancaman baharu tuntut Malaysia ubah pendekatan keselamatan

PUTRAJAYA: Ancaman keselamatan yang berubah dengan pantas termasuk kemunculan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), kriptografi pascakuantum dan dron menuntut Malaysia mengubah pendekatan keselamatan daripada kaedah konvensional kepada strategi lebih menyeluruh.

Kerjasama erat antara kerajaan, swasta dan masyarakat

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perubahan dalam landskap keselamatan hari ini yang berlaku secara meluas memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin.

“Pendekatan keseluruhan negara itu penting … tidak ada lagi ‘compartmentalisation’ … oh, ini isu swasta, ini isu jabatan, ini isu-isu kementerian. (Ini penting) Untuk gabungkan sinergi supaya ada pendekatan bersama jabatan dan kementerian,” katanya ketika berucap merasmikan Bulan Keselamatan Negara 2026 anjuran Majlis Keselamatan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Hadirin dan pelancaran Bulan Keselamatan Negara

Turut hadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Raja Nurshirwan Zainal Abidin.

Majlis itu menandakan permulaan siri program dan kempen kesedaran keselamatan negara yang akan berlangsung sepanjang bulan ini.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga