Wheelie bersama isteri dan anak di motosikal, lelaki Kedah ditahan
Wheelie bersama isteri anak, lelaki Kedah ditahan

Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan polis semalam selepas videonya melakukan wheelie bersama isteri dan anak perempuan berusia empat tahun di atas motosikal tular di media sosial.

Lelaki Ditahan di IPD Kota Setar

Ketua Polis Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali berkata, suspek yang bekerja sebagai operator kilang itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira pukul 3.40 petang.

Beliau berkata, seorang pegawai polis membuat laporan selepas mengesan video berdurasi 17 saat yang dimuat naik di media sosial menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal Honda EX5 melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat roda hadapan sambil membawa dua penumpang iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak di Lebuhraya Darul Aman berhampiran Dataran Bandar di sini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Kejadian Berlaku 28 Mac

“Susulan laporan itu, lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan. Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 28 Mac ketika suspek dalam perjalanan keluar makan malam bersama keluarganya.

“Semasa aksi itu, isterinya yang berusia 25 tahun dan anak perempuan mereka yang berusia empat tahun turut berada di atas motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disiasat Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan

Syed Basri berkata, suspek direman sehari dan dijangka dibebaskan dengan jaminan esok, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga