Polis tahan lelaki hina Sultan Selangor di Facebook
Polis tahan lelaki hina Sultan Selangor di Facebook

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung hantaran gambar penghinaan terhadap Sultan Selangor yang dimuat naik menerusi akaun Facebook ‘Lucas Liam’ pada 2 Mei lalu.

Tangkapan di Bukit Mertajam

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, berkata suspek warga tempatan berusia 30-an itu ditahan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada pukul 7.10 malam, tadi. Katanya, tangkapan dibuat menerusi operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan IPK Pulau Pinang dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Tangkapan ini dibuat melalui kerjasama erat dengan SKMM yang membantu mengenal pasti individu dipercayai mempunyai kaitan dengan akaun yang disiasat,” katanya dalam kenyataan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Rampasan Peranti

Turut dirampas dua unit telefon bimbit jenama Samsung berserta kad SIM yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut. Suspek ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Laporan Polis

Setakat ini, sebanyak 12 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung isu tersebut. Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok bagi membantu siasatan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan platform media sosial dengan berhemah dan bertanggungjawab. Polis komited untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang demi memastikan keamanan dan keselamatan negara terus dipelihara,” katanya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga