Polis cari pemandu lori libat kemalangan maut langgar lari
Polis cari pemandu lori langgar lari maut di Seri Kembangan

Polis sedang mencari pemandu sebuah lori dan saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki berusia 65 tahun dalam kemalangan langgar lari di Jalan Desa Serdang, Seri Kembangan pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian pada jam 9 malam itu membabitkan sebuah lori bon putih dan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa, lapor Bername.

Hasil siasatan awal mendapati lori tersebut telah membelok ke simpang jalan secara cuai sehingga menyebabkan penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuhnya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Orang ramai yang berada di tempat kejadian telah menghantar mangsa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia semalam akibat kecederaan parah di kepala.

Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini tampil membantu siasatan. Siasan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga