Mangsa culik ditahan bawah LLPK, polis sahkan kaitan sindiket dadah
Mangsa culik ditahan bawah LLPK, polis sahkan kaitan dadah

SUBANG JAYA: Polis mengesahkan mangsa kes culik yang diselamatkan minggu lalu kini ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) atau LLPK. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, berkata tindakan itu susulan siasatan mendapati wujud elemen sindiket pengedaran dadah dalam kes berkenaan.

Lapan individu ditahan setakat ini

Menurut M Kumar, dua lagi lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan, menjadikan keseluruhan tangkapan kini lapan individu. "JSJN Bukit Aman telah membuat tangkapan di bawah LLPK ke atas mangsa dalam kes culik ini. Kita percaya penglibatan sindiket pengedaran dadah dalam kes culik ini. Siasatan masih diteruskan," katanya pada sidang media di IPD Subang Jaya.

Beliau berkata semakan awal mendapati mangsa tidak mempunyai pekerjaan tetap, manakala beberapa suspek termasuk mangsa didapati positif dadah ketika ditahan. "Siasatan juga sedang dijalankan terhadap pemilikan harta serta penglibatan individu lain dalam sindiket berkenaan," tambahnya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Kronologi penyelamatan mangsa

Pada 19 Julai lalu, polis menyelamatkan seorang lelaki yang diculik selepas isterinya membuat laporan berhubung tuntutan wang tebusan RM7 juta. Mangsa diselamatkan dalam tempoh kira-kira 48 jam menerusi operasi khas JSJ Bukit Aman dengan kerjasama Cawangan Khas Bukit Aman dan JSJ Selangor di sebuah unit kediaman di i-City, Shah Alam.

Dalam operasi itu, polis menahan enam suspek, masing-masing lima lelaki dan seorang wanita warga tempatan, selain merampas beberapa jenis dadah, telefon bimbit dan kenderaan yang dipercayai digunakan dalam jenayah berkenaan.

Siasatan pelbagai undang-undang

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik untuk wang tebusan, selain Akta Dadah Berbahaya 1952. M Kumar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga