Empat ditahan rogol bergilir remaja 14 tahun di Lahad Datu
Empat ditahan rogol bergilir remaja di Lahad Datu

PETALING JAYA: Polis telah menahan empat lelaki, termasuk seorang warga asing, kerana disyaki merogol bergilir seorang remaja perempuan di Lahad Datu bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Dzulbaharin Ismail, berkata kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu dipercayai melakukan kesalahan tersebut sekitar jam 2 pagi pada 9 Mei lalu semasa mangsa sedang tidur berseorangan di dalam biliknya, lapor Sinar Harian.

“Suspek memasuki bilik dan memaksa mangsa melakukan hubungan seksual secara bergilir-gilir. Mangsa membuat laporan polis hanya selepas keluarganya mengetahui kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Kesemua empat suspek telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Dzulbaharin juga menggesa ibu bapa dan penjaga untuk memantau pergaulan anak-anak mereka bagi mengelakkan pendedahan kepada aktiviti sosial yang tidak sihat.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga