8 ditahan dalam serbuan RoS ke atas pertubuhan tidak berdaftar di Perai
8 ditahan serbuan RoS ke atas pertubuhan tidak berdaftar di Perai

PETALING JAYA: Pendaftar Pertubuhan (RoS) menahan lapan individu, termasuk tujuh warga Indonesia, dalam serbuan ke atas sebuah pertubuhan tidak berdaftar di Perai, Pulau Pinang, malam tadi.

Pegawai RoS menyerbu premis di Taman Pelangi berdasarkan risikan mengenai pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Anak Rantau Indonesia, yang beroperasi tanpa didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Suspek kelapan adalah seorang wanita Malaysia yang dipercayai memegang jawatan dalam pertubuhan tersebut.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Dalam kenyataan hari ini, RoS berkata pegawainya turut merampas barang berkaitan pertubuhan itu, seperti dokumen, sepanduk, kad keahlian dan telefon bimbit.

Kesemua suspek telah direman selama empat hari.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga