IPOH, 14 Jun — Empat lelaki telah ditahan atas syak curi kabel Telekom Malaysia di Persiaran Komersial Waterfront, Jalan Lintang berhampiran Sungai Siput semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Charan a/l Ai Wan berkata, suspek yang berusia antara 31 hingga 50 tahun itu ditahan oleh pasukan perondaan anti-jenayah polis kira-kira jam 5.30 pagi.
“Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah terdahulu, dan tiga daripada mereka positif morfin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sepuluh keping kabel, alat pemotong kabel dan sebuah Ford Ranger merah yang dicuri turut dirampas, katanya, sambil menambah bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. — Bernama



