SPRM dapat lanjutan reman pendakwah bebas siasatan RM12.3 juta
SPRM dapat lanjutan reman pendakwah bebas RM12.3j

SEREMBAN, 26 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah mendapat kelulusan untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap seorang pendakwah bebas yang disyaki menyeleweng dana daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah kira-kira RM12.3 juta.

Perintah reman lima hari

Perintah reman selama lima hari sehingga 1 Mei terhadap suspek yang berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Saqinah Rosli di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini. Permohonan untuk melanjutkan reman dibuat selepas tempoh tahanan asal bagi suspek tamat hari ini.

Pengesahan SPRM

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan bahawa kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Sebelum ini, SPRM negeri telah menahan seorang pendakwah bebas yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana NGO berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam juga melaporkan bahawa pihaknya akan memanggil 14 hingga 15 saksi untuk membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana NGO milik pendakwah bebas itu. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga