Dua suspek penyelewengan RM230 juta dilepas jamin SPRM Selangor
Dua suspek penyelewengan RM230 juta dilepas jamin SPRM

PETALING JAYA: Timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang pengarah syarikat yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kira-kira RM230 juta telah dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada hari ini.

Kedua-dua suspek yang berusia sekitar 50 dan 60 tahun itu sebelum ini direman selama empat hari bermula 22 April lalu. Mereka kemudiannya disambung reman lima hari pada 25 April sebelum akhirnya dibebaskan sebaik sahaja tempoh reman tamat.

Menurut sumber yang dipetik oleh Sinar Harian, kedua-dua suspek disyaki bersubahat memindahkan wang berkenaan ke dalam akaun syarikat milik salah seorang daripada mereka untuk tujuan pelaburan dan kegunaan peribadi.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai siasatan yang sedang dijalankan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa kedua-dua individu itu ditahan di sekitar Lembah Klang pada 21 April lalu. Kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga