Calon Bebas Sri Tanjung didakwa di mahkamah Ogos ini
Calon Bebas Sri Tanjung didakwa di mahkamah Ogos ini

Calon Bebas kerusi Sri Tanjung dalam pilihan raya negeri Negeri Sembilan, Islah Wahyudi Zainudin, akan hadir ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 11 Ogos ini atas pertuduhan berkaitan catatan media sosial.

Islah, 46 tahun, berkata beliau menerima notis pertuduhan daripada pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semalam.

Proses undang-undang diterima

“Ya, pegawai MCMC datang ke rumah saya kira-kira tengah hari semalam. Kes ini melibatkan catatan yang saya buat di Instagram pada Januari lalu. Saya terima proses ini dan akan hadir ke mahkamah seperti diarahkan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Bagaimanapun, saya akan terus berkempen sepanjang pilihan raya negeri ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Islah berkata pertuduhan akan dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Persaingan lima penjuru

Dalam pertandingan lima penjuru kerusi Sri Tanjung, Islah berdepan dengan penyandang Datuk Dr G. Rajasekaran dari Pakatan Harapan (PH), A. Achuthan dari Barisan Nasional (BN), M. Leevineshwaraan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan calon Bebas lain Datuk A. Saravanan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan pengundian awal pada 28 Julai, manakala hari mengundi pada 1 Ogos.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga