PRN Johor: SPR desak majikan beri masa mencukupi untuk pekerja mengundi
PRN Johor: SPR desak majikan beri masa pekerja mengundi

SPR desak majikan patuhi undang-undang

JOHOR BAHRU, 10 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa majikan untuk memberikan tempoh masa yang munasabah kepada pekerja yang merupakan pengundi berdaftar bagi menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, Sabtu ini.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata pihaknya mengambil maklum kebimbangan awam bahawa sesetengah majikan mungkin tidak memberikan masa yang mencukupi kepada pekerja mereka untuk mengundi.

Beliau mengingatkan majikan supaya mematuhi Seksyen 25 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memastikan pekerja yang berdaftar sebagai pengundi dapat menjalankan hak mereka sebagai warganegara.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Larangan potong gaji atau denda

“Majikan tidak dibenarkan membuat sebarang potongan daripada gaji atau ganjaran lain, atau mengenakan sebarang penalti ke atas pekerja kerana menunaikan tanggungjawab mengundi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Khairul Shahril berkata, mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan memberikan tempoh masa yang munasabah untuk mengundi atau menghalang pekerja daripada membuang undi melakukan kesalahan di bawah undang-undang.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM5,000, dipenjarakan sehingga satu tahun atau kedua-duanya, dan berharap majikan memberikan kerjasama penuh bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dan menggalakkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

172 calon rebut 56 kerusi

Seramai 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi pada PRN Johor ke-16. Untuk berita terkini mengenai pilihan raya, layari https://prn.bernama.com/johor/. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga