Anwar jamin bekalan tenaga negara mencukupi walaupun krisis global
Anwar jamin bekalan tenaga negara mencukupi

Anwar jamin bekalan tenaga negara mencukupi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa bekalan tenaga negara adalah mencukupi, walaupun negara sedang berdepan dengan krisis bekalan global yang menjejaskan rantaian ekonomi dan kenaikan kos tenaga.

“Insya Allah cukup,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Maju, ketika ditanya mengenai inisiatif kerajaan bagi menangani bekalan tenaga yang dijangka hanya mampu bertahan sehingga Julai ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof dilaporkan berkata, kerajaan sedang berusaha memastikan keterjaminan bekalan tenaga negara sehingga Disember ini susulan krisis bekalan global. Beliau berkata, setakat ini, bekalan tenaga negara dijangka mencukupi hingga Julai ini dan usaha sedang dipergiatkan, termasuk mendapatkan sumber bekalan tambahan dari luar negara.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Jelasnya, krisis tenaga global memberi kesan kepada keseluruhan rantaian ekonomi, khasnya sektor logistik yang menyaksikan peningkatan kos dan akhirnya memberi impak kepada harga barang dan keterjaminan bekalan.

Pada 15 April lalu, Petronas mengesahkan bekalan bahan api di semua stesennya di seluruh negara kekal terjamin sehingga akhir Jun ini, lanjutan daripada unjuran awal yang hanya menjangkau akhir Mei. Petronas membekalkan kira-kira 50 peratus keperluan bahan api negara melalui anak syarikatnya, Petronas Dagangan Bhd dan selebihnya dibekalkan syarikat minyak lain.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga