Puad dakwa Annuar Musa cuba bakar sentimen Umno-DAP
Puad dakwa Annuar cuba bakar sentimen Umno-DAP

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, menuduh Annuar Musa menggunakan isu kerjasama Umno dengan DAP sebagai taktik politik untuk menarik sokongan Melayu kepada PAS. Menurut Puad, Annuar yang kini bersama PAS seolah-olah lupa bahawa beliau sendiri pernah menyokong kerjasama dengan DAP ketika masih menjadi anggota Umno.

Puad: Annuar lupa sokong DAP dahulu

“Annuar lupa bahawa dia sendiri pernah menyokong kerjasama dengan DAP. Dia pernah kata, apa masalahnya jika kita ‘bertaawun’, iaitu Umno bekerjasama dengan DAP. Tetapi sekarang dia memfitnah isu Umno berbaik dengan DAP kerana itu taktikal untuk menarik sokongan Melayu kepada PAS,” kata Puad kepada FMT.

Semalam, Annuar menyindir parti lamanya berhubung beberapa tindakan yang didakwanya pernah direstui, namun kemudian ditarik balik oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Annuar yang juga ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata tindakan itu bersifat taktikal demi persepsi politik, terutama susulan hubungan Umno dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Beliau merujuk peletakan jawatan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh sebagai exco Melaka pada Januari lalu, kemelut politik Negeri Sembilan bulan lalu, serta pengisytiharan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bergerak solo pada pilihan raya negeri akan datang.

Puad ramal PAS akan bekerjasama dengan DAP

Mengulas lanjut, Puad berkata tidak mustahil PAS akan bekerjasama dengan DAP suatu hari nanti sekiranya langkah itu dianggap menguntungkan parti berkenaan. “Saya percaya akan sampai masanya nanti PAS akan bekerjasama dengan DAP. Itu semua taktikal politik,” katanya.

Mengulas dakwaan kononnya wujud perbezaan pendirian antara pemimpin Umno dengan Zahid, Puad berkata perkara itu juga sebahagian daripada permainan politik. Katanya, dalam politik, sesuatu pendekatan tidak boleh bersifat terlalu kaku, sebaliknya perlu berubah mengikut keadaan dan keperluan semasa.

“Tidak ada taktikal yang rigid. Ia mesti dinamik dan berubah mengikut keperluan serta keadaan semasa. Apa yang penting ialah matlamat perjuangan itu,” katanya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga