Anak jutawan kosmetik tertarik dengan Umno, hadir 'memerhati'
Anak jutawan kosmetik tertarik dengan Umno, hadir memerhati

Kehadiran Ammar Ahyan, anak kepada jutawan kosmetik terkenal Aliff Syukri Kamarzaman, pada Konvensyen 80 Tahun Umno semalam menarik perhatian ramai. Dalam satu kenyataan kepada FMT, Ammar berkata dia hadir untuk menilai sendiri pemimpin parti itu sebelum membuat keputusan untuk menyertai Umno.

Pengundi kali pertama

Ammar yang bakal berusia 18 tahun dan layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) serta menyertai parti politik, menjelaskan bahawa dia mahu mendengar sendiri ucapan pemimpin negara. “Saya belum daftar sebab baru tahun ini saya masuk 18 tahun dan kali pertama saya boleh mengundi pada PRU akan datang,” katanya.

Ditanya mengenai kesediaannya mendaftar sebagai ahli Umno, Ammar berkata perkara itu masih dalam pertimbangan. “Mungkin ada kemungkinan yang tinggi (jadi ahli Umno). Saya akan fikir,” ujarnya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Minat dalam politik

Media sebelum ini melaporkan bahawa ibunya, Nur Shahida Mohd Rashid, pernah menyatakan bahawa Ammar berminat menjadi ahli politik. Malah, dia pernah menyuarakan hasrat untuk menyertai Umno selepas tamat persekolahan.

Mengulas pemerhatiannya sepanjang konvensyen, Ammar berkata beliau melihat pemimpin Umno kini lebih banyak memberi tumpuan kepada masa depan berbanding nostalgia perjuangan lalu. “Dulu saya nampak pemimpin suka cerita pasal benda-benda lama, macam tak boleh ‘move on’. Tapi sekarang mereka nak cerita pasal masa depan, itu buat saya tertarik,” katanya.

Pendaftaran ahli baharu

Bermula 20 April, Umno membuka pendaftaran ahli baharu secara dalam talian bagi menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu. Langkah ini dilihat sebagai usaha parti untuk meremajakan keahlian dan mendekati pengundi muda.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga