GEORGE TOWN, 26 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke kampung halamannya di Pulau Pinang hari ini untuk lawatan kerja ringkas sebelum sambutan Aidiladha esok.
Lawatan Kerja Sebelum Aidiladha
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan akan menyampaikan lembu korban kepada komuniti di kawasan Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini pada pukul 2 petang.
Agenda Di Permatang Pasir
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kemudiannya akan pulang ke kampungnya untuk menyampaikan lembu korban kepada komuniti DUN Permatang Pasir di Masjid Al-Falah di Pengkalan Tambang.
Kunjungan Ke Penanti
Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan dengan menyampaikan lembu korban kepada komuniti DUN Penanti di Padang Mengkuang Titi, Kubang Semang pada pukul 3.45 petang sebelum bertolak pulang ke ibu negara.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha esok. – Bernama



