FAM jawab tuduhan laporan kewangan, kata semua disemak dibentang
FAM jawab tuduhan laporan kewangan, semua disemak dibentang

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) bagi menjelaskan kekeliruan berhubung penyata kewangan dan belanjawannya yang dibangkitkan pada Kongres Luar Biasa FAM 2026 pada Khamis lalu (4 Jun).

FAM nafi gagal bentang laporan kewangan

FAM dalam satu kenyataan berkata, penjelasan itu susulan dakwaan bahawa pihaknya tidak membentangkan penyata kewangan yang diaudit dan belanjawan tahunan kepada ahli gabungan seperti yang diperlukan.

“Sebagai badan pengelola bola sepak kebangsaan, FAM menghormati peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Pembangunan Sukan 1997 dan akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan mengenai sebarang perkara yang memerlukan penjelasan lanjut,” kata kenyataan itu.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

FAM juga menafikan dakwaan bahawa ia gagal membentangkan laporan kewangan yang diaudit sejak 2016, dengan menyifatkan tuduhan itu sebagai mengelirukan.

Semua laporan dibentang di Kongres Tahunan

Persatuan itu berkata semua laporan kewangan yang diaudit telah dibentangkan di Kongres Tahunan, termasuk laporan bagi tahun berakhir 31 Disember 2025, yang dibentangkan pada Khamis lalu.

FAM menjelaskan setiap laporan kewangan disemak oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan serta Jawatankuasa Eksekutif sebelum dibentangkan untuk kelulusan di Kongres Tahunan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga