Polis Selangor lumpuhkan 4 sindiket scam dalam talian, tangkap 41 warga asing
Polis Selangor lumpuhkan 4 sindiket scam, tangkap 41 warga asing

SHAH ALAM: Polis telah melumpuhkan empat sindiket penipuan dalam talian selepas menangkap 41 warga asing dalam empat serbuan berasingan di premis kediaman sekitar Kajang, Seri Kembangan dan Setia Alam awal bulan ini.

Butir-butir tangkapan

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata mereka menangkap 30 lelaki dan 11 wanita berusia antara 18 hingga 48 tahun, dan turut merampas wang tunai kira-kira RM409,200 serta pelbagai peralatan elektronik.

"Keempat-empat sindiket ini tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain, dengan masing-masing terlibat dalam aktiviti penipuan berbeza, termasuk tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud dan penipuan cinta.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

"Sindiket ini dipercayai telah beroperasi dari Januari hingga April tahun ini, menyasarkan mangsa dari Eropah, Amerika Syarikat dan China," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Modus operandi

Shazeli berkata salah satu modus operandi sindiket melibatkan suspek bertindak sebagai operator panggilan yang akan menghubungi mangsa sebelum memindahkan panggilan kepada individu lain untuk meneruskan aktiviti penipuan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga