Selangor Kembangkan Kemudahan Selgate Perkukuh Ekosistem Kesihatan Awam
Selangor Kembang Kemudahan Selgate Perkukuh Ekosistem Kesihatan

RAWANG, 22 Mei – Pembinaan rangkaian hospital di bawah kumpulan Selgate Healthcare (SELGATE) merupakan strategi kreatif berasaskan 'entrepreneur state' untuk memperkukuh ekosistem kesihatan awam yang inklusif dan mampan di Selangor.

Perasmian Hospital Selgate Specialist Hospital Rawang

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata perasmian Selgate Specialist Hospital Rawang (SSH Rawang) hari ini mampu memenuhi permintaan perkhidmatan pakar di koridor utara Selangor yang kini mencatat pertumbuhan penduduk yang pesat.

Beliau berkata hospital yang mempunyai 224 katil itu bukan sahaja memenuhi keperluan penjagaan kesihatan swasta, tetapi juga sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memperluas manfaat kesihatan kepada rakyat.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Hospital seperti Selgate akan melengkapi keperluan... kami tidak hanya fokus kepada faktor keuntungan daripada aktiviti kesihatan atau perniagaan kesihatan ini tetapi juga mengembalikannya kepada rakyat melalui perkhidmatan yang disediakan,” katanya ketika berucap pada perasmian SSH Rawang di sini hari ini.

Keuntungan Disalurkan Semula kepada Rakyat

Beliau berkata keuntungan yang dijana daripada sektor perubatan swasta akan disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai program kebajikan kesihatan sedia ada seperti Iltizam Selangor Sihat (ISS) dan Selangor Saring.

Sementara itu, Amirudin berkata Selangor kini menjadi peneraju dalam merealisasikan 'Care Economy' yang kini mempunyai ekosistem lengkap di peringkat negeri.

“Selangor adalah satu-satunya negeri yang sudah mempunyai dan sedang membangunkan ekosistem Care Economy yang sebelum ini hanya diimpikan di atas kertas,” katanya.

Perancangan Masa Depan

Mengenai perancangan masa depan, Amirudin berkata SELGATE menyasarkan pembukaan hospital kedua di Sepang pada September 2026, diikuti oleh Selgate Specialist Hospital Setia Alam pada Februari 2027 untuk memperkukuh akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti di seluruh negeri.

Hospital itu juga dijadualkan menyokong pembangunan Perkhidmatan Jantung Bersepadu dengan UiTM Sungai Buloh menjelang akhir 2026 melalui kemudahan terkini termasuk Cath Lab untuk rawatan jantung yang lebih pantas. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga