MBI Selangor nafi terbabit dalam projek Bernam Maritime Industrial Park
MBI Selangor nafi terbabit projek Bernam Maritime Industrial Park

SHAH ALAM, 19 Mei — Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor menafikan sebarang penglibatan dalam penganjuran, pengurusan, pemilikan, promosi atau pengendalian projek Taman Perindustrian Maritim Bernam serta majlis pelancarannya seperti yang diedarkan oleh Bernam Shipyard Holdings Sdn Bhd.

Penjelasan MBI Selangor

MBI Selangor menjelaskan bahawa ia tidak pernah memberikan sebarang kelulusan, kebenaran atau persetujuan untuk penggunaan nama, logo, identiti korporat atau bahan penjenamaan yang berkaitan dengan aktiviti tersebut.

“MBI Selangor ingin menegaskan bahawa projek, entiti dan majlis pelancaran itu tidak berkaitan, disokong, bergabung atau mewakili syarikat dalam sebarang kapasiti.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“MBI Selangor telah menjalankan semakan awal dengan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan berdasarkan maklumat yang ada, tiada pengesahan rasmi yang mengaitkan MBI Selangor dan MDSB dengan projek atau majlis pelancaran tersebut.

“Oleh itu, sebarang representasi, kenyataan, penerbitan, bahan promosi atau gambaran yang menunjukkan bahawa projek atau majlis pelancaran itu mempunyai sebarang kaitan, sokongan, pengesahan atau hubungan dengan MBI Selangor adalah tidak tepat, mengelirukan dan tidak dibenarkan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tindakan Tegas

MBI Selangor menggesa semua pihak yang terlibat supaya segera menghentikan penggunaan nama, logo, penjenamaan atau sebarang bentuk representasi yang menunjukkan hubungan dengan syarikat tanpa kebenaran bertulis yang sewajarnya.

Syarikat itu berkata ia berhak mengambil sebarang tindakan yang perlu untuk melindungi identiti korporat, reputasi dan kepentingan undang-undangnya.

“MBI Selangor memandang serius penggunaan tanpa kebenaran nama, logo dan elemen penjenamaannya dalam bahan promosi dan publisiti yang berkaitan dengan acara dan projek tersebut.

“Penggunaan tanpa kebenaran ini boleh menyebabkan kekeliruan dan salah faham di kalangan pemegang taruh, pelabur, agensi kerajaan, rakan kongsi perniagaan dan orang ramai,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai, pemegang taruh dan pihak berkaitan dinasihatkan supaya merujuk hanya kepada pengumuman rasmi yang dikeluarkan melalui saluran rasmi MBI Selangor. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga