Polis KL adakan perhimpunan bulanan pada waktu malam
Polis KL adakan perhimpunan bulanan pada waktu malam

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Polis Kuala Lumpur memperkenalkan pendekatan baharu dengan mengadakan perhimpunan bulanan pada waktu malam buat kali pertama, bagi mencerminkan realiti operasi pasukan yang berjalan sepanjang 24 jam.

Perhimpunan dihadiri 1,100 pegawai dan kakitangan

Perhimpunan yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu dihadiri kira-kira 1,100 pegawai kanan dan rendah polis, serta kakitangan awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata pendekatan ini diambil kerana kebanyakan jenayah di ibu kota berlaku pada waktu malam, manakala majoriti operasi polis, pengumpulan risikan dan siasatan juga dijalankan pada tempoh tersebut.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Menyemai budaya kerja lebih aktif pada waktu malam

Beliau berkata perhimpunan pada waktu malam itu juga bertujuan menyemai budaya kerja yang lebih aktif dalam kalangan anggota polis Kuala Lumpur pada waktu malam, selaras dengan tuntutan kepolisan di sebuah ibu kota yang tidak pernah tidur.

“Dengan mengadakan perhimpunan seperti ini, ia akan menjadikan budaya aktif pada waktu malam lebih agresif, selaras dengan ‘Kuala Lumpur yang tidak pernah tidur’,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Perhimpunan malam tidak jejas tugas keselamatan

Bagaimanapun, Fadil berkata perhimpunan pada waktu malam tidak akan menjejaskan tugas pegawai dan anggota dalam menjaga keselamatan di bandar raya metropolitan itu. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga