PM Anwar akan jelas isu 40% hak Sabah esok di Sabah
PM jelas isu 40% hak Sabah esok

Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menjelaskan perihal semakan berkaitan hak 40% pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak esok, susulan pendirian Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mahu kadar terkini dilaksanakan tahun ini.

Penjelasan di Sabah

“40% hak Sabah akan dijelaskan esok di Sabah,” kata Anwar kepada media selepas solat Jumaat di Kampung Batu Muda, berdekatan Batu Caves, di ibu negara. Anwar menyahut pendirian GRS yang mahu semakan terkini kadar pemberian khas di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan tahun ini, selari pengiktirafan kerajaan persekutuan ke atas hak Sabah terhadap 40% hasil persekutuan yang diperolehi daripada negeri itu.

Perkembangan Terkini

Pada 6 April lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan kerajaan persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan hak Sabah tersebut, sementara rayuan terhadap sebahagian daripada keputusan mahkamah berkenaan, khususnya membabitkan beberapa kekhilafan dalam alasan penghakiman. Pada November lalu, Anwar berkata kerajaan persekutuan hanya memfailkan rayuan terhadap alasan penghakiman Mahkamah Tinggi, selepas mendapati wujud beberapa kekhilafan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Jabatan Peguam Negara dilaporkan berkata alasan penghakiman berkenaan antara lain mendakwa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajipan Perlembagaan. Pada 17 Okt, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan kerajaan persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40% hasil persekutuan selama hampir lima dekad.

Mahkamah mengisytiharkan pemberian khas yang dibuat antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah ‘tidak sah, ultra vires dan tidak rasional,’ serta melanggar Perlembagaan. Mahkamah turut mengeluarkan perintah mandamus yang memerintahkan kerajaan persekutuan menjalankan semakan semula hasil bersama kerajaan Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan serta bersetuju dengan hak 40% Sabah bagi setiap tahun kewangan dari 1974 hingga 2021 dalam tempoh 180 hari.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga