JPM: Kenderaan Mewah Digunakan Anwar Aset Kerajaan Sedia Ada
JPM: Kenderaan Mewah Anwar Aset Kerajaan Sedia Ada

Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Bahagian Istiadat dan Persidangan Antarabangsa (BIUPA) dalam satu kenyataan di Facebook semalam memaklumkan bahawa kenderaan BMW yang digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini adalah aset sedia ada di bawah seliaan BIUPA yang dikhususkan untuk kegunaan logistik rasmi negara.

Aset Sedia Ada Untuk Lawatan Rasmi

Menurut kenyataan tersebut, aset itu disediakan bagi memenuhi keperluan protokol keselamatan dan piawaian antarabangsa semasa lawatan rasmi ketua negara dan ketua kerajaan bertaraf presiden atau perdana menteri ke Malaysia. "Untuk tujuan itu, kenderaan ini mesti memenuhi spesifikasi keselamatan yang direka khas untuk menahan ancaman balistik berkaliber tinggi, letupan, dan risiko keselamatan moden termasuk ancaman dron," kata kenyataan itu.

Penggunaan kenderaan tersebut oleh Perdana Menteri adalah bersifat sementara atas nasihat dan penilaian keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Kenderaan Rasmi Dalam Penyelenggaraan

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa pertukaran sementara dibuat kerana kenderaan rasmi Perdana Menteri, yang merupakan hadiah Yang di-Pertuan Agong, sedang menjalani penyelenggaraan berkala. Penjelasan ini dibuat bagi menafikan dakwaan dan spekulasi yang tersebar di platform media sosial mengenai status pemilikan kenderaan mewah yang digunakan oleh Perdana Menteri.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga