IPR manfaat 7,787 isi rumah dalam tempoh hampir tiga tahun
IPR manfaat 7,787 isi rumah dalam tempoh tiga tahun

Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah mencatatkan pencapaian memberangsangkan dengan memanfaatkan 7,787 isi rumah selepas hampir tiga tahun pelaksanaan, menurut Kementerian Ekonomi.

Program IPR bantu isi rumah tingkatkan pendapatan

Kementerian Ekonomi dalam jawapan bertulis yang diterbitkan di laman web Parlimen semalam berkata, program yang dilaksanakan untuk melengkapkan usaha pembasmian kemiskinan sedia ada ini bertujuan menangani isu keselamatan makanan, mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

“Selepas hampir tiga tahun pelaksanaan, program IPR telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan dan menunjukkan hasil yang mengagumkan. Sehingga kini, 7,787 isi rumah telah mendapat manfaat daripada program ini,” kata kementerian itu.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Peserta IPR mampu raih pendapatan lebih RM2,000 sebulan

Menurut Kementerian Ekonomi, beberapa peserta telah berjaya meraih pendapatan bulanan melebihi RM2,000, sekali gus membantu mereka keluar daripada perangkap kemiskinan.

Jawapan itu adalah sebagai respons kepada soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang), yang meminta kementerian menyatakan hasil kejayaan dan keberkesanan IPR selepas hampir tiga tahun pelaksanaannya, serta penggunaan Pangkalan Data Utama (PADU) dalam dasar ekonomi negara.

PADU diguna 204 agensi untuk perkongsian data

Mengenai PADU, kementerian memaklumkan bahawa 204 agensi telah melaksanakan perkongsian dan integrasi data secara berterusan dengan PADU.

“Sehingga Jun 2026, sebanyak 27 permohonan perkongsian data daripada agensi kerajaan telah diluluskan untuk pelaksanaan program dan dasar bagi tujuan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam, kepentingan kebajikan rakyat, inovasi pendigitalan perkhidmatan, serta kajian dan penyelidikan,” kata kementerian itu. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga